Sunday, 27 November 2016

TIPS MANUSIA BERSYUKUR
=======================

Perasan tak, kita ni selalu sangat mengeluh dengan semua benda. Susah sikit mengeluh. Konon dugaan tu di luar kemampuan kita kan? Senang sangat pun mengeluh. Konon tak adventure pulak. Takde cabaran. Jadi hidup ni macam tak syok pulak. Smooth sangat perjalanan ni.


Tanpa kita sedar, kita dah jadi manusia yang TAK TAHU BERSYUKUR!

Nak jadi manusia bersyukur, bukan senang kalau tak kena caranya.

Ni mama kongsikan 1 tips untuk jadi manusia bersyukur.

Mudah je caranya. Cuma ambik pen dan kertas, atau smartphone.

Tuliskan semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. 


Insha-Allah cara ni akan mendidik kita menjadi lebih bersyukur.

Senang ke Senang?

Tuesday, 10 March 2015

4 Gejala Biasa Alergi Yang Sering Diabaikan Ibu Bapa

Teks: Syazwani Tajidin

Bismillahirrahmanirrahim.


Tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mempunyai risiko alergi? Alergi ni ada bermacam-macam jenis. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita tahu gejala biasa alergi yang dihadapi oleh kanak-kanak.


Berikut merupakan 4 gejala biasa alergi:

1) Kulit Kering dan Ruam yang Gatal

Biasanya, kanak-kanak begini yang mempunyai kulit kering dan pecah atau bengkak di bahagian dalam kulit. Oleh sebab itu, mereka akan menggaru bahagian yang gatal. Jadi, kita perlu memastikan sama ada bahagian yang digaru itu adalah kawasan kering dan mempunyai ruam atau tidak.

2) Lelah

Sekiranya anak anda sering mengalami sesak nafas jika terlalu aktif atau berlari dan mempunyai nafas berdehit, beri perhatian yang lebih dan pantau keadaan anak anda. Sesak nafas dan lelah adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan.

3) Bersin dan Hidung Berair

Sentiasa bersin dan masalah hidung berair sepanjang masa juga adalah antara gejala alergi. Nasihatkan anak anda untuk menggunakan tisu untuk mengelap hidung dan dalam masa yang sama, perhatikan berapa lama masalah itu berterusan.

4) Mata Gatal dan Berair

Sekiranya mata anak anda sering berair dan mereka mula menggosok mata, segera periksa keadaan mereka. Bertanyakan sebab mata berair dan mengapa mereka menggosok mata mereka. Ketahui sebabnya kerana mereka berkemungkinan mengalami alergi.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Sebenarnya, masalah alergi ini boleh dicegah atau dikurangkan risikonya. Oleh sebab itu, penting buat kita dalam mengesan alergi seawal usia mereka. Cuba jejak sejarah keluarga kerana sejarah keluarga yang mempunyai masalah alergi adalah faktor utama dan penting dalam menentukan risiko alergi. Risiko alergi boleh dikesan menggunakan Pengesan Risiko Alergi iaitu satu kaedah yang dapat membantu kita mengesan dengan lebih mudah.

Untuk menggunakan Pengesan Risiko Alergi, klik link di bawah.

>>> Pengesan Risiko Alergi <<<

~Sambungan akan datang: Cara Mencegah Kulit Kering dan Ruam Gatal

Thursday, 30 October 2014

Resepi: Puding Roti dengan Sos Kastad

Teks: Syazwani Tajidin


Bismilahirrahmanirrahim
Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan resepi pencuci mulut kegemaran suami saya. Jom kita cuba buat sama-sama. Puding Roti dengan Sos Kastad
Puding Roti dengan Sos Kastad
Bahan-bahan:
Bahan A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500 ml
Bahan B
2 sudu besar mentega - Cairkan atas api
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 susu besar tepung jagung
2-3 sudu besar kismis
Bahan C (Sos Kastad)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung kastad
Cara-cara membuatnya:
Bahan A
1) Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.
Bahan B
1) Kacau dan gaulkan sehingga sebati kecuali kismis.
2)  Tuang ke atas roti yang direndam tadi (bahan A).
3) Taburkan kismis atas adunan.
4) Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius.
Bahan C
1) Campurkan semua bahan dan gaul rata.
2) Masak atas api sederhana hingga agak pekat.
3) Tuang adunan atas puding roti semasa menghidang. Sedia dimakan semasa panas atau sejuk.
Selamat mencuba kawan-kawan semua.

Apa Ada Dalam Beg Saya?

Teks: Syaz Health & Beauty
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni nak tak kita berkongsi mengenai 'Apa Ada Dalam Beg Saya?' Maklumlah, kaum wanita sememangnya tak dapat dipisahkan dengan beg tangan kan? Ke mana saja mesti ada beg di tangan. Tak kisah besar atau kecil. Jom tengok segala kazanah alam yang ada dalam beg saya.
Beg saya memang jenis besar. Senang nak masuk segala barang kat dalam tu.
Malu pulak bila tengok beg saya ni. Besar gedabak kan? Nak buat macam mana. Nama pun pelajar lagi. Dulu saya selalu bawa beg kecil je datang pejabat. Tapi lepas saya sambung belajar dan mendaftar sebagai pelajar PJJ, saiz beg terus berubah.
Jom kita tengok apa yang ada dalam beg tangan saya.
1) Dompet  - Ni pun segala mak nenek kad ada kat dalam ni. Sebab tu saya sukakan dompet jenis panjang dan banyak partition untuk kad.
2) Beg Make-up - Beg yang ada corak bulat-bulat tu sebenarnya beg make-up. Bukan apa, yang asas je kat dalam tu. Saya selalu bawa lipstik, lip balm, lip liner, set manicure dan minyak wangi jenis mini roller (1 pemberian husband, 1 lagi tu minyak wangi yang telah didoakan/bacaan ruqyah).
3) Pill Box - Yang ni memang tak pernah lupa untuk bawa. Mesti la vitamin Shaklee yang ada kat dalam tu. 1 part isi Vitalea+B Complex+Vitamin C. 1 part untuk Alfalfa dan 1 part lagi untuk Omega Guard. Senang je kan nak makan vitamin. Kat mana-mana pun boleh makan.
4) Buku Nota - Buku nota ni banyak kegunaan, untuk tulis nota mengenai pelajaran, info Shaklee dan juga catatan untuk dimasukkan dalam blog.
5) Pen/Marker - Pen mestilah ada juga bila dah ada buku nota kan. Jadi pen dan marker tu memang kegunaannya untuk menulis dalam buku nota tu.
6) Pendrive - Ni juga penting. Senang masukkan data-data yang download dari internet dan juga sebagai penyimpan fail-fail penting dari komputer. 
 
 
Saya dah kongsikan barang kepunyaan saya. Anda pula? Apa yang ada dalam beg anda? Jom kita kongsikan sama-sama.

Percutian Impian

Teks: Syazwani Tajidin
Bismilahirrahmanirrahim
Cuti, bercuti dan percutian ternyata memberikan kegembiraan kepada kita semua kan. Ini kerana, percutian dapat memberikan kita masa dan ruang untuk berehat dari segala masalah dan bebanan kerja tidak kira di pejabat mahu pun di rumah. Setiap orang pasti mempunyai percutian idaman masing-masing tak kira di dalam atau luar negara. Saya pun sama macam orang lain. Tetapi saya idamkan percutian yang menyeronokkan ini hanya selepas saya menunaikan umrah bersama keluarga.
Percutian idaman saya adalah percutian bersama keluarga ke Holland. Kenapa Holland?
Sebab terpengaruh dengan novel. Saya pernah terbaca sebuah novel, hasil karya Hlovate yang menceritakan keindahan Holland. Dengan ladang tulip yang luas, dengan kincir angin yang besar. Suasana ini benar-benar membuatkan keinginan saya untuk melihat dengan mata sendiri membuak-buak.

Tengok tu, cantik kan? Sebab tu saya sangat idamkan percutian ke Holland. Semoga suatu hari nanti impian saya ini menjadi kenyataan. Amin.

3 Perkara Menarik Tentang Saya

Teks: Syazwani Tajidin


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menitipkan sesuatu didalam blog ini, hari ini diberikan sedikit ruang untuk berkongsi cerita dengan kalian. Hari ni, saya nak kongsikan 3 fakta yang menarik mengenai diri saya.


Fakta 1:

Seorang fisioterapis yang berkaliber

Erk. Tak apa ke cakap macam tu? Boleh la kan?
Saya bekerja sebagai seorang fisioterapis bermula pada November 2009. Bidang pengkhususan dalam Unit Pengurusan Kesakitan (Multidisciplinary Pain Management Unit). Kalau ada sesiapa yang mengalami sakit kronik atau sakit yang melebihi 3 bulan, boleh la kalau nak tanya apa-apa. Insha Allah saya boleh kongsi pengalaman pesakit yang pernah saya rawat dan yang telah sembuh sepenuhnya.

Maaf ye, gambar saya dengan pesakit tak boleh nak upload ye.

Fakta 2:

Berkahwin dengan bekas rakan sekolah

Berkahwin pada 9 Februari 2013. Suami saya ni seorang rakan sekolah saya sejak tingkatan 1 tapi memang la kami tak pernah bercinta masa zaman sekolah dulu. Lepas dah kerja, baru kami berbaik dan saling mengenali hari budi masing-masing.


Video shooting selepas majlis akad nikah

Fakta 3:

Anak sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan
Anak sulung saya, Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah selamat dilahirkan tanggal 7 Februari 2014. Walaupun 2 hari lebih awal, tapi putera cilik kami ini merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan pertama kami yang tak ternilai harganya. Semoga si putera cilik kami akan menjadi anak yang soleh serta berakhlak mulia.
Hari kelahiran Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah
Itulah serba sedikit fakta tentang seorang insan yang bernama Syazwani Tajidin. Bagaimana pula dengan diri anda? Jom kongsikan kita bersama di ruangan komen di bawah.

Tuesday, 26 August 2014

Saya Seorang Fisioterapis

Teks: Syazwani Tajidin


 Alhamdulillah, kini hampir 5 tahun saya bekerja sebagai seorang fisioterapis. Sepanjang berkhidmat dan membantu orang ramai untuk kembali pulih seperti sedia kala, terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang saya peroleh. Tapi, masih ada yang tak tahu apa itu fisioterapi.



APA ITU FISIOTERAPI?

Fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam perubatan. Ia adalah satu bidang dalam membantu dalam memulihkan kefungsian seseorang. Kerjaya sebagai seorang ahli fisioterapi adalah berkait rapat dengan membantu merawat kesakitan yang dialami oleh seseorang.
Ramai yang mengatakan fisioterapi dan urutan adalah benda yang sama. Namun, realitinya urutan adalah salah satu daripada cabang fisioterapi.
Bidang ini mempunyai pelbagai pengkhususan. Para pelajar di dalam bidang fisioterapiakan diajar cara untuk memberi rawatan dan pemulihan pesakit yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan kecederaan anggota.


PENGKHUSUSAN
  • Kardiopalmonari – Memberi rawatan pemulihan fizikal untuk masalah akut seperti asma, jangkitan dada dan trauma, masalah jantung dan pernafasan yang kronik dan sebagainya.
  • Geriatrik – Memberi rawatan pemulihan fizikal untuk warga tua.
  • Ortopedik – Memberi rawatan pemulihan fizikal masalah kesihatan berkaitan tulang dan trauma.
  • Perubatan Sukan – Memberi rawatan pemulihan kecederaan yang disebabkan oleh aktiviti rekreasi, sukan atau senaman.
  • Neurologi – Memberi rawatan pemulihan kepada pesakit yang mempunyai masalah berkaitan dengan saraf seperti parkinson, strok atau kecederaan saraf tunjang.
  •  Pengurusan Kesakitan Kronik - Memberi rawatan pemulihn kepada pesakit yang sakit kronik dan lebih daripada 3 bulan.

MATLAMAT FISIOTERAPI

Matlamat utama kami sebagai fisioterapis adalah dalam membantu pesakit mengembalikan dan memastikan setiap fungi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat berfungsi dengan baik. Tumpuan akan diberikan kepada pergerakan terkawal, peningkatan tenaga dan stamina yang membolehkan setiap anggota bergerak dengan lebih baik.

Contohnya, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyakannya menjadi lebih kritikal dan berisiko untuk mendapat strok. Kebanyakan keadaan strok akan menyebabkan lemah fungsi anggota badan disebabkan masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain.

Pesakit strok yang segera berjumpa dengan fisioterapis serta mengikuti setiap rawatan secara berperingkat akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan keupayaan otak dalam mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa dan mampu merangsang deria rasa dan pergerakan ke otak.


KAEDAH YANG DILAKUKAN

Elektroterapi
  • Ultrasound
  • Terapi Interferential
  •  Terapi laser
  • Short Wave Diathermy


Terapi Manual
  • Mobilisasi
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman
  • Pemulihan selepas pembedahan
  • Pengurusan Kesakitan
  • Nasihat dan langkah pencegahan




Semoga dengan sedikit info mengenai bidang fisioterapi ini dapat menambahkan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan kita di.